Roh adalah
rahsia Tuhan yang di tiupkan kepada nafs (jiwa atau badan). Roh ini
menyebut dirinya AKU, yang disebut bashirah (yang mengetahui atas jiwa,
qalb, fizik dan lain-lain. - lihat tafsir Shafwatut Attafaasir surat Al
qiayamah: 14 )
Baiklah agar tidak bingung, mari kita bahas satu persatu menurut dalil qoth'i.
Apakah roh itu ??
Mengapa
Allah merahsiakan Roh dan mengaitkannya dengan Roh-Nya, dan didalam
Alqur'an termasuk kelompok ayat-ayat mutasyabihat (makna yang
dirahsiakan), kerana pada ayat tersebut terdapat kalimat Roh manusia
adalah Roh yang ditiupkan dari ROH-KU (Min ruuhii) erti harfiahnya
adalah Roh milik Allah. Akan tetapi para mufassir menterjemahkan Roh
ciptaan Allah. - saya tidak berani menafsirkan kerana dari segi tata
bahasa ayat ini termasuk kalimat muatasyabihat, tidak ada menunjukkan
bahawa Roh itu ciptaan Allah, kerana itu saya tidak berani
menterjemahkan kalimat ini - sebab Allah sendiri melarang meraba-raba
atau mereka-reka seperti apa roh itu .Kecuali hanya boleh merasakan
bahawa di dalam diri ini ada yang melihat (bashirah) setiap gerak-gerik
jiwa dan pikiran serta perasaan kita. Dan bashirah bersifat fitrah
(suci) kerana ia selalu bersama dan mengikuti amr-amr (perintah)
Tuhannya .
"Maka
apabila telah Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan
kedalamnya Ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Al
Hijr,29)
An
Nafs adalah yang memiliki bentuk atau wujud atau susuk yang
tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam iaitu min sulaatin min
thiin (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam
ataupun dari unsur yang sama dengan Malaikat mahupun Jin, sehingga
mereka hingga kini tidak mengetahui dari unsur apa roh manusia
diciptakan. Bahkan Allah membiarkan para Malaikat dan Syaitan tak
berhenti berfikir penasaran, apakah gerangan yang menyebabkan manusia
memiliki kedudukan lebih tinggi dari bangsa malaikat dan Syaitan serta
makhluk-makhluk yang lainnya, Allah hanya berkata : "Inni a'lamu maa
laa ta'lamuun … Aku lebih mengetahui dari apa-apa yang kalian tidak
ketahui." (QS. Al Baqarah: 30). Para malaikat protes atas kebijaksanaan
Allah yang dianggap tidak masuk akal, dengan perasaan ragu mereka
akhirnya mengungkapkan rasa penasarannya kepada Allah … ataj'alu fiiha
man yufsidu fiiha wayasdikuddimaa' wanahnu nussabbihu bihamdika
wanuqaddisulaka ?? Mengapa Engkau hendak menjadikan ( khalifah) di bumi
itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau ?? Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui." (QS. Al Baqarah: 30 )
Rahsia roh ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al Isra' :85
"Dan
mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk
urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan
sedikit ."
Seperti
apa yang sebutkan diatas saya tidak berani menafsirkan, apakah Roh itu,
apalagi menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap
mengikuti erti lafadz aslinya iaitu Ruuhii (Roh-Ku) kerana disana
disebutkan kalian tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya
sedikit sekali.
Dan roh ini memiliki sifat yang Mengetahui, seperti pada surat :Al qiyamah ayat : 14
Bahkan
manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs
(diri) manusia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang
menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia
mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan
rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi -
selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, -
kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah
menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang
suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah (QS. Ar
Rum:30)
Jadi jika manusia mengikuti fitrahnya, maka ia akan selalu mengikuti kehendak ilahi.
Kemudian Apakah Nafs itu ??
Nafs mempunyai beberapa makna :
Pertama,
Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari
bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur'an, wanaha An nafsa `anil hawa -
dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An
Nazi'at :40-41). Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut,
hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat,
selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah -
dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia
akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya,
ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia
akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar,
saya haus !!
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah." (QS. Al Mukminun:12)
"Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya
Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang
berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila
Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud." (QS. Al Hijir: 28-29)
An nafs erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk .
Kedua,
An Nafs bererti : Jiwa , - jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah
(pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu' (sentiasa
menyuruh berbuat jahat).
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu' (QS. Yusuf:53)
Sedangkan
Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia
bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi
ammarah bissuu'
Watak
seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru
kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan
tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang
mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan
jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang
berubah-rubah) - illa man atallaha biqalbin saliim - kecuali orang yang
datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)
An
nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan
Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan (
mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman
(hidung).
Selanjutnya saya akan menguraikan kitab Barnabas berikut ini :
"…kemudian
berkata Isa, demi Allah pada hadirat-Nya Rohku berdiri, banyak yang
sudah tertipu mengenai kehidupan kita. Kerana demikian saling
merapatnya antara Roh dan perasaan telah berhubungan bersama, hingga
sebahagian besar manusia mengiakan Roh dan perasaan itu menjadi satu
dan hal yang sama, hanya terbaginya dalam penugasan sedangkan tidak
dalam wujud, menyebutkannya sensitive (rasa perasaan), vegetative
(tubuh yang tumbuh) dan intellectual soul (Roh berfikir, cerdas akal).
Tetapi sungguh aku katakan kepadamu, roh itu adalah satu, yang berfikir
dan hidup. Orang-orang dungu, dimanakah akan mereka dapatkan roh akal
tanpa kehidupan ? tentulah keadaan ketidak sadaran, apabila rasa
perasaan meninggalkannya." Thaddeaus menjawab, "O Guru, apabila rasa
perasaan ( sense) meniggalkan kehidupan (life) seorang manusia tidak
mempunyai kehidupan."
Ayat
diatas menjelaskan banyak orang tertipu mengenai kehidupan,
sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir
dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir
dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan Thaddeaus menyimpulkan
bahawa jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan
pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellectual soul merupakan
intrument roh.
Kemudian pada pasal 123
Ketika
semua duduk, Isa berkata lagi, ALLAH kita untuk memperlihatkan kepada
makhluk-makhluk-Nya kasih sayang-Nya dan rahmat serta Maha Kuasa-Nya,
dengan Maha pemurah dn Maha Adil-Nya, membuat sesunan dari empat hal
berlawanan yang satu dengan yang lain, lalu menyatukannya dalam suatu
tujuan ahkir, itulah manusia dan ini adalah tanah, udara, air dan api.
Supaya tiap-tiap satu sama lain menenangkan pertentangannya. Dan dari
empat benda ini, dia menjadikan sebuah kendi (bejana) itulah tubuh
manusia, daging, tulang-tulang, darah, sum-sum dan kulit dengan
saraf-saraf dan pembuluh-pembuluh darah, dan dengan semua bagian-bagian
dalamnya; dalam tempat itu Allah meletakkan ROH dan rasa perasaan,
laksana dua tangan dari hidup ini. Memberikan tempat kepada rasa
perasaan pada setiap bagian tubuh untuk itu menebarkan dirinya disana
seperti minyak. Dan kepada Roh, dia memberikan untuk tempatnya hati,
yang bersatu dengan perasaan, dialah akan menerima seluruh kehidupan
itu.
Ayat
ini menerangkan penciptaan manusia seperti terdapat di dalam Al qur'an
surat Al Hijir 28-29 , sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan
telah meniupkan kedalamnya Roh-Ku , maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud ,
Surat Al mukminun: 12 , berasal dari ekstrak tanah
Surat Al hajj : 5, manusia dari turab (berupa debu)
Surat Ar Rahman : 14 , dari tanah liat yang kering seperti tembikar.
Pasal 179, dikatakan Roh itu bersifat universal dan besarnya 1000 kali lebih besar dari seluruh bumi.
Sebenarnya
pasal ini hampir sama dengan keterangan saya pada bab hakikat manusia,
bahawa jiwa adalah bersifat sangat luas dengan identitas dirinya yang
dipanggil sebagai feminin kerana sifatnya yang universal - Ya Ayyatun
nafsul muthmainnah - wahai jiwa yang tenang. Penggunakan Ya
nida'(Ayyatuha) atas jiwa sebenarnya biasa digunakan untuk memanggil
wanita, juga untuk panggilan (nida') sesuatu yang sangat luas
berdasarkan dalil kullu jam'in muannatsin - sesuatu yang bersifat
universal atau luas disebut muannats (feminin). Misalnya, jannatun
(syurga), samawat (langit), Al Ardh (bumi), Al jamiat (universitas /
universal).
Hampir
jarang orang menyadari akan dirinya sebenarnya sangat luas, akan tetapi
kesadaran ini telah lama menyesatkan fikiran kita yang menganggap
bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara kasat mata saja,
padahal lebih dari yang ia bayangkan, bahawa manusia baik logam,
tumbuhan dan gunung adalah sebetulnya terdiri dari suatu untaian
kejadian-kejadian atau proses. Dimana segala alam lahir ini tersusun
oleh senyawa-senyawa kimiawi yang dinamai zarrah (atom). Dan atom-atom
ini dalam analisa terakhir adalah satu unit tenaga listrik, yang energi
positifnya (proton) berjumlah sebanyak energi negatifnya (electron) di
dalam atom ini - setiap detik terjadi loncatan dan pancaran (chark and
spark) secara terus menerus. itulah semburan-semburan yang tidak ada
hentinya dari daya listrik. Manusia tidak mampu melihat semburan atau
loncatan yang tidak putus-putus dengan kecepatan yang sangat luar biasa
ini dengan kasat mata biasa, kecuali dengan kesadaran ilmu yang cukup -
sebagaimana Al qur'an mengungkapkan tentang gunung yang dianggap oleh
orang awam seperti diam tak bergerak :
"Dan
kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya,
padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awam." (QS. An Naml:88)
Secara fizik ,manusia bersifat luas dan rohani meliputi keluasan alam semesta.
Demikian yang saya tahu, mudah-mudahan bahasa Jawa lebih memungkinkan mengisi makna bahasa Arab yang tinggi nilai balaghahnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar